Saturday, August 27, 2011

Bengkel Pembangunan Silibus Gantian MPW

Salam:

Agensi Kelayakan Malaysia telah memutuskan bahawa tiada pengecualian kredit bagi kursus-kursus MPW iaitu Pengajian Islam, Pengajian Malaysia, Pendidikan Moral dan Bahasa Kebangsaan bagi peringkat sijil ke diploma.

Ini membawa erti, pelajar yang telah mengambil kursus MPW sepertimana di atas pada peringkat sijil tidak dibenarkan memohon pengecualian apabila menyambung pelajaran ke peringkat diploma. Oleh itu jumlah jam kredit akan berkurangan. Bagi menampung pengurangan itu dan melayakkan pelajar bergraduat dengan memenuhi jumlah jam kredit yang ditetapkan, beberapa kursus baru perlu digubal sebagai gantian kursus-kursus MPW terbabit.

Di antara kursus-kursus baru yang bakal digubal adalah:
  • Public Speaking
  • Human Communication
  • Interpersonal Skills
  • Organizing Event
Sehubungan itu, satu bengkel akan diadakan di Alor Setar pada 9 hingga 10 September 2011 bertempat di The Regency Hotel dan akan dihadiri oleh beberapa pensyarah KPTM Alor Setar dan juga pensyarah-pensyarah jemputan dari cawagan lain.

Tarikh akhir yang diberikan untuk disiapkan silibus ini dan dihantar ke Pejabat Dekan, KPTM adalah pada 01 Oktober 2011

No comments:

Post a Comment