BERITA & AKTIVITI SEMASA

Ahli-ahli Lembaga Pengarah meriahkan Sambutan Aidilfitri KPTM Alor Setar


sebahagian dari ahli lembaga pengarah yang hadir
Sambutan Aidilftiri KPTM Alor Setar pada tahun ini adalah sangat bermakna kerana dihadiri oleh sebahagian besar ahli-ahli Lembaga Pengarah KPTM termasuk Yang Berbahagian Dato' Pengerusi dan Yang Berbahagian Dato' Presiden. 


Kehadiran mereka ini memberi peluang kepada warga kerja KPTM Alor Setar mengenali secara lebih dekat individu-individu yang menjadi tulang belakang pengurusan KPTM.  


Sambutan kali ini dirasmikan oleh Dato' Sohaimi Shahadan, pengerusi KPTM di mana beliau telah dijemput memberi sumbangan kepada sekumpulan anak-anak yatim sebagai menunaikan tanggungjawab sosial korporat KPTM terhadap golongan yang kurang bernasib baik.  




Presiden minat tapak kampus di Kubang Rotan


Presiden menberi komen terhadap cadangan tapak
Cadangan tapak kampus baru KPTM Alor Setar di Kubang Rotan telah menarik minat Presiden KPTM, Dato' Hj Yusoff Harun semasa sesi melawat tapak berkenaan dilakukan pada Selasa 20 September 2011 baru-baru ini.  


Walaubagaimanapun, beliau telah menyarankan kepada pemaju agar kampus KPTM Alor Setar itu didirikan di sebelah hadapan jalan supaya senang dilihat oleh orang ramai selain memberikan publisiti yang baik kepada KPTM Alor Setar itu sendiri.  


Pemaju berkenaan, Usima Group Sdn Bhd menyatakan projek itu bakal siap di dalam tempoh 3 ke 4 tahun termasuklah proses mendapatkan kelulusan majlis daerah, MARA dan pihak-pihak berkaitan. 


Lawatan ke tapak cadangan kampus ini turut disertai ahli-ahli lembaga pengarah KPTM yang dijadualkan menghadiri mesyuarat lembaga pengarah pada sebelah petangnya. 
Presiden dan ahli-ahli lembaga pengarah melihat plan dari pemaju




Selain Kubang Rotan, tapak di Gunung Keriang turut ditunjukkan pemaju kepada rombongan Presiden dan ahli-ahli lembaga pengarah namun tapak berkenaan tidak begitu menarik minat presiden disebabkan kedudukannya yang 'ke belakang' sedikit dan tidak membantu meningkatkan imej KPTM Alor Setar di masa depan. 


Lawatan berakhir sekitar pukul 10 pagi dan Presiden serta ahli-ahli lembaga pengarah dibawa balik ke bangunan Mergong untuk taklimat dari Pengarah KPTM Alor Setar, En Ramli Mohd Jawi.  




Bengkel Pembangunan Silibus Gantian MPW


Bertempat di Hotel Regency, Alor Setar, satu bengkel akademik yang bertujuan untuk membangunkan beberapa silibus kursus baru sebagai gantian kepada kursus-kursus MPW telah diadakan pada 9 hingga 11 September 2011 baru-baru ini. 


Seramai 20 peserta yang rata-ratanya pensyarah bidang komunikasi dan B.Inggeris berkumpul dan berbincang bagi membangunkan silibus kursus baru ini.  Antara silibus kursus yang dibangunkan adalah Public Speaking, Interpersonal Skills, Human Communication dan Organizing Events.  


Di akhir bengkel, silibus kursus-kursus baru ini siap dibangunkan dan telah diberi nama lain seperti Speech and Presentation Skills, Introduction to Interpersonal Skills, Human Communication dan Fundamentals of Organizing Events.  


Langkah seterusnya adalah menghantar silibus-silibus baru ini ke kolej-kolej cawangan bagi melengkapkan 'mapping' program outcomes dan program learning outcomes bagi program-program di bawah seliaan masing-masing sebelum diserahkan kepada Jawatankuasa yang bertanggungjawab yang diketuai oleh Puan Anisa, TPA Kuantan.  


Audit Dalaman 

Mulai Julai 2011, pasukan Audit Dalam telah memulakan aktiviti pengauditan terhadap semua skop dalam prosedur-prosedur yang ditetapkan di dalam Sistem Kualiti ISO 9001:2008.

Lawatan Konsultan 5S

En Hisyam yang mewakili MPC, sebuah agensi yang bertanggungjawab terhadap sistem kualiti 5S telah melakukan lawatan kali ke 2 pada Selasa 23 Ogos 2011 ke KPTM Alor Setar di dalam usaha membantu KPTM Alor Setar memperolehi pensijilian 5S hujung tahun ini.  

Dalam lawatan ini, Hisyam telah bersemuka dan berbual dengan warga kerja termasuk pensyarah di dalam mengenalpasti permasalahan dan situasi yang dialami warga kerja.   

Lawatan Benchmarking 5S

Seramai 40 warga kerja KPTM Alor Setar telah melakukan lawatan benchmarking ke Tenaga Nasional Cawangan Jitra di dalam usaha meningkatkan pemahaman berkenaan amalan 5S.  TNB Jitra telah memperolehi pensijilan 5S pada tahun 2009 dan telah memperbaharui pensijilan buat kali ke 2 awal tahun ini.

Pelawat telah ditunjukkan setiap bahagian di dalam pengurusan TNB Jitra termasuklah setor, bilik fail, carta organisasi induk dan 5S dan sebagainya.