Sunday, September 25, 2011

Teaching Observation


Untuk memantapkan kualiti pengajaran, salah satu penilaian buat pensyarah adalah melalui 'teaching observation' yang akan dilakukan bermula minggu ini (W 11). Disertakan antara kriteria utama penilaian buat persediaan semua. Harap maklum.

Laporan Test 1

Semua pensyarah Jabatan Pengajian Umum adalah diminta menghantar laporan ujian pertengahan semester (Ujian 1) pada Ketua Jabatan selewat-lewatnya pada 4 Oktober 2011. Sila rujuk MEMO dari Jabatan Akademik (Puan Sani) bertarikh 26 September 2011. Harap maklum.

Saturday, September 24, 2011

Kursus Audit Dalaman

Warga kerja KPTM Alor Setar yang dilantik sebagai auditor dalaman amalan 5S telah diberi kursus latihan audit selama 2 hari bertempat di bangunan Suka Menanti baru-baru ini. Seterusnya di sini

Friday, September 23, 2011

Dato' Sohaimi Puji KPTM Alor Setar


Penganjuran sambutan Aidilfitri KPTM Alor Setar telah mendapat pujian dari Pengerusi KPTM, Dato' Sohaimi Shahadan di atas kelancaran penganjuran sambutan itu semasa berucap merasmikan sambutan berkenaan di Bangunan Suka Menanti, Alor Setar. Seterusnya....

Presiden Minat Tapak Kampus di Kubang Rotan


Salam:

Berikutan lawatan ke cadangan tapak kampus KPTM Alor Setar baru-baru ini, Presiden nampaknya menyatakan minat terhadap tapak kampus di Kubang Rotan. Berita seterusnya di sini

Thursday, September 22, 2011

Mesyuarat Pengurusan Khas Bersama Presiden

Salam:

Ikuti abstrak dari mesyuarat pengurusan khas bersama Presiden pada Isnin 19 September 2011 baru-baru ini. Sila baca di sini.

Monday, September 19, 2011

Perlukah Gementar Semasa Berucap

Anda mungkin seorang yang ditugaskan menyampaikan sesuatu ucapan minggu hadapan atau di hujung semester nanti dan perasaan gementar sentiasa menghantui diri. Adakah perlu merasai demikian? Baca seterusnya di sini

Tuesday, September 13, 2011

Silibus Gantian MPW Berjaya Dibangunkan

Bertempat di Hotel Regency, Alor Setar, satu bengkel akademik yang bertujuan untuk membangunkan beberapa silibus kursus baru sebagai gantian kepada kursus-kursus MPW telah diadakan pada 9 hingga 11 September 2011 baru-baru ini. Sila baca seterusnya di sini

Monday, September 12, 2011

Sambutan Aidilfitri KPTM Alor Setar

Semua warga KPTM Alor Setar adalah dijemput meraikan sambutan Aidilfitri sepertimana berikut:



Thursday, September 8, 2011

Makluman Bengkel Penaksiran

Salam syawal:

Bengkel penaksiran kertas peperiksaan akhir bagi semester ini akan diadakan pada 16 hingga 18 September 2011 bertempat di Hotel Avillion Admiral Cove, Port Dickson, Negeri Sembilan. Seramai 22 pensyarah dari KPTM Alor Setar dijemput menyertai bengkel kali ini. Semua peserta akan pergi dengan menaiki bas kolej yang akan bertolak mulai jam 7.00 pagi pada Jumaat 16hb nanti dari kampus Suka Menanti.

Sasaran Pengambilan Semester Hadapan


Berikut disertakan sasaran pengambilan pelajar bagi semester hadapan sebagaimana diputuskan oleh pihak pengurusan KPTM.



660 Pelajar Baru Mendaftar Julai 2011

Seramai 660 pelajar baru telah mendaftar di KPTM Alor Setar untuk sesi pengambilan Julai 2011 dan ianya telah melebihi jumlah yang disasarkan iaitu 615 pelajar sahaja. Ini berikutan sambutan yang begitu memberangsangkan untuk program-program akademik seperti Diploma in Business Management dan Diploma in Accountancy. Selanjutnya...

Wednesday, September 7, 2011

Draf Kertas Soalan Peperiksaan Akhir Okt 2011

Salam:

Sukacita dingatkan bahawa tarikh akhir penyerahan draf kertas soalan peperiksaan akhir Okt 2011 adalah seperti berikut:

Tarikh: 8 September 2011 (Khamis)
Masa: 11.00 tengahari
Tempat: Bilik Ketua Jabatan

Terima kasih.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri KPTM Alor Setar

Salam Syawal:

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri KPTM Alor Setar telah ditetapkan pada Selasa, 20 September 2011 pada pukul 11.30 pagi bertempat di Kampus Suka Menanti.

Semua warga KPTM Alor Setar termasuk pelajar perlu menghadiri majlis ini dengan berpakaian Baju Melayu (bagi lelaki) dan baju kurung (bagi wanita).

Majlis yang sama akan turut dihadiri oleh ahli-ahli lembaga pengarah dan ahli-ahli pengurusan tertinggi KPTM.

Antara menu yang bakal disediakan:
  • Nasi briyani
  • Sate
  • Koteow/Mee goreng
  • ABC
  • Lemang/Ketupat
  • Minuman
Terima kasih.


Monday, September 5, 2011

Senarai Peserta Bengkel Pembangunan Silibus Gantian MPW


Salam Syawal:

Bengkel Pembangunan Silibus Gantian MPW akan diadakan pada 9-10 September 2011 bertempat di The Regency, Alor Setar. Sila rujuk senarai nama peserta sepertimana pada imej sebelah.

Pihak Jabatan Sumber Manusia, KL akan mengeluarkan surat arahan berbengkel dalam waktu terdekat. Terima kasih.




Abstrak Mesyuarat Khas Pengurusan

Salam all:

Dapatkan info penting dari mesyuarat khas pengurusan di sini.

Abstrak Mesyuarat Jab Akademik

Dipetik dari Minit Mesyuarat Jabatan Akademik bersama TPA bertarikh 8 Ogos 2011
  • SIE akan dilaksanakan mulai Minggu ke 8 pengajian
  • Semua Jadual Waktu Pensyarah akan dimasukkan ke dalam CMS oleh Setiausaha Jadual Waktu dan dibantu oleh Puan Rosidah.
  • Penyelaras Ko-Kurikulum bagi program dalaman adalah En Mohd Saiful sementara program Uitm adalah En Shukran.
  • 'Teaching Obeservation' akan dilakukan dari semasa ke semasa dan diutamakan kepada pensyarah baru.