DARI PENGURUSAN

Abstrak Mesyuarat Bersama Presiden Pada 19 September 2011, Bilik Mesyuarat 


Presiden KPTM, Dato' Hj Yusoff Harun telah melakukan lawatan ke KPTM Alor Setar pada 19 September 2011 di mana beliau telah menghabiskan masa selama 3 jam bersama para pelajar semester 1 pada sebelah paginya.  Di sebelah petang, beliau mengadakan mesyuarat khas bersama ahli pengurusan KPTM Alor Setar.  Berikut merupakan abstrak penting dari mesyuarat tersebut untuk renungan dan tindakan bersama:

  1. Hala Tuju KPTM adalah sejajar dengan aspirasi MARA itu sendiri demi memartabatkan bumiputera ke arah kehidupan yang lebih baik di masa depan.
  2. MARA sedang melakukan transformasi di mana bidang akademik dan teknikal/vokasional diberi perhatian.
  3. KPTM Alor Setar disaran mewujudkan kembali 'part time courses' untuk menambah pendapatan di samping memberi peluang kepada masyarakat menimba ilmu. 
  4. Warga kerja harus mementingkan kualiti kerja sekiranya ingin kekal bersama KPTM.  
  5. Pelajar yang dihasilkan oleh KPTM haruslah bersifat holistik terutamanya di dalam aspek 'soft skills'.
  6. Hubungan industri harus dipertingkatkan agar KPTM lebih dikenali dan mengekori perkembangan industri. 
  7. Program-program akademik harus dirangka agar dapat memenuhi kehendak 'parents' dan 'industri'.  
  8. Penilaian pensyarah oleh pelajar harus dikaji semula di mana perlunya ditentukan kaedah penilaian yang lebih mudah dan mewakili tahap 'prestasi' pelajar tersebut.  Misalnya, diambil 15 orang dari setiap kelas di mana kaedah pemilihan pelajar adalah dari 5 terbaik, 5 sederhana dan 5 lemah.  
  9. Setiap jabatan perlu mewujudkan wakil kualiti bagi memantau kualiti perkhidmatan. 
  10. Disarankan agar setiap respon dari pelanggan berkaitan perkhidmatan yang diberikan oleh mana-mana staf direkodkan untuk tujuan kualiti.  
  11. Semua warga kerja disarankan agar 'work as a team' dan perlunya komunikasi yang lebih efektif antara jabatan.  




Abstrak Mesyuarat Jawatankuasa Pemasaran Pada 11 Ogos 2011, Bilik Mesyuarat

  • Jumlah pelajar mendaftar adalah 660 dari 615 yang disasarkan.  Peratus pencapaian sasaran adalah 107%.
  • Program-program yang mencapai sasaran adalah Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat (Uitm) OM114, Diploma Perakaunan AA101, Diploma Pengurusan Perniagaaan AB101 dan SKM Tahap 2.
  •  Program-program yang tidak mencapai sasaran adalah Diploma Pengurusan Pelanconan Uitm, SKM Tahap 3, Diploma in Computer System and Networking DCSN, Diploma in Information Technology DIT dan Diploma in Technopreneurship. Faktor-faktor penyumbang:
    • Syarat kelayakan masuk yang telah dinaikkan untuk program DCSN dan DIT.
    • Syarat kredit dalam Matematik.
    • Calon pelajar tidak begitu memahami konsep Technopreneurship menyebabkan ianya gagal mendapat sambutan.  Program ini TIDAK akan ditawarkan lagi. 
  • Laman Web KPTM AS merupakan sumber utama calon pelajar memilih KPTM AS di samping peranan ibu bapa dan sahabat handai.
  • Pelajar memilih KPTM AS kerana syarat kemasukan yang rendah dan bersesuaian dengan kelayakan mereka. 
  • Sasaran Pengambilan November 2011 adalah seramai 40 pelajar, Jan 2012 seramai 100 pelajar dan Julai 2012 seramai 550 pelajar.  



Abstrak Mesyuarat Khas Pengurusan Pada 17 Ogos 2011, Bilik Mesyuarat
  • Amalan 5S perlu dilaksana oleh semua warga kerja KPTM Alor Setar.
  • Ahli Lembaga Pengarah KPTM akan bermeyuarat di Alor Setar pada 13 September 2011
  • Sambutan Aidilfitri peringkat KPTM Alor Setar dirancang akan diadakan pada 13 September 2011, 8 malam.  2 persembahan dari staf adalah diwajibkan. Teks ucapan perlu disediakan kepada Pengarah, Pengerusi dan Presiden. 
  • Bonus bagi tahun 2011 adalah setengah bulan gaji. 
  • Cuti dibekukan kepada pensyarah pada 4hb September 2011 kecuali kepada yang tiada kelas. 



Ringkasan Mesyuarat Pengurusan Bulan Julai 2011
  • Audit Kakitangan perlu dijalankan kepada semua pensyarah di bawah jabatan masing-masing sebelum hujung tahun ini.
  • Pensijilan 5S perlu diperolehi selewat-lewatnya 31 Disember 2011
  • Audit Surveillance ISO akan dilaksanakan pada Nov 2011. 
  • Sambutan Aidilfitri Peringkat KPTM Alor Setar akan diadakan pada 13 Oktober 2011 mulai 8.00 malam bertempat di Kampus Suka Menanti.  Hampir 50k diperuntukkan untuk kegunaan majlis ini.  Tarikh ini dipilih berikutan adanya mesyuarat Lembaga Pengarah KPTM di Alor Setar.  Sehubungan itu, Pengarah mengkehendaki sambutan ini diberi perhatian serius kerana melibatkan tetamu kehormat dan perlu dirancang secara lebih teliti.  2 persembahan dari warga kerja (perkhidmatan kurang 5 bulan) diwajibkan.