DARI PERSPEKTIF KOMUNIKASI

Perlukah 'gementar' semasa berucap?


Perasaan ini sememangnya wujud tatkala dipanggil ataupun ditugaskan untuk menyampaikan sesuatu ucapan.  Apatah lagi di hadapan khalayak ramai.  Perasaan sebegini sememannya wujud terutamanya kepada pelajar yang baru berjinak-jinak memahirkan diri dalam pengucapan awam.

Perlukan rasa gementar? Jawapannya, perasaan gementar sebelum melakukan sesuatu ucapan adalah NORMAL.  Saya selalu menyatakan bahawa sekiranya anda tidak mempunyai perasaan ini, maka tentulah anda seorang manusia yang 'kurang' normal ataupun terlebih normal.

Perasaan gementar wujud dan juga berlaku kepada orang yang sudah sering kali berucap di hadapan khalayak ramai.  Walaubagaimanapun, perlu diingat bahawa audien hanya melihat 'pecahan' yang kecil sahaja daripasa keseluruhan perasaan gementar tersebut.  Pengucap awam yang baik 'bijak' menyembunyikan perasaan gementar yang dirasai melalui tips-tips yang digunapakai seperti latihan berterusan, mengenggam tangan dan lepaskan, mengawal topik dengan sebaiknya dan banyak lagi.  Gambarkan diri anda sedang memberi ucapan dengan begitu meyakinkan kerana melalui 'visualizing yourself' boleh memotivasikan diri anda.  Renung-renungkan.  Selamat Berkomunikasi






Feedback - the most powerful tool to communicate


What you will feel when there's no response or reply for the message you've given to someone?.  Can you just assume that she/he would response to your request?  This is a normal scenario when dealing with communication.  Most people simply refuse to provide feedback to the message they just received.  Conflict at work place is likely to occur when feedback is not given to the message which were sent by various forms in daily working days.

By delaying your feedback, it has made the other party (sender) confuse whether the message is successfully sent/received or vice versa. Let's us improve our communication by providing feedback even a single 'OK' word.  Renung-renungkan.  Selamat Berkomunikasi.  The Choice is Yours.


Komunikasi Dalaman - Dari Bos kepada Staff


Minggu lepas beberapa hari sebelum cuti raya, En Airudin ada tunjukkan kepada saya sekeping kad ucapan selamat hari lahir ditujukan kepadanya oleh Dato President KPTM.  Bukan main teruja melihatkan ekspresi wajahnya.

Apa yang diterima oleh En Airudin itu merupakan salah satu alat komunikasi dalaman yang begitu efektif apabila merujuk kepada 'downward communication' ataupun komunikasi dari peringkat atasan kepada orang bawahannya.  Dato Presiden mungkin tidak mengenali En Airuddin secara personalnya tetapi dengan cara ini, ianya menunjukkan keprihatinan bos terhadap orang bawahannya sekaligus boleh memotivasikan pekerja.  Kadang-kadang keringat pekerja bawahan ini dikerah bagi menyiapkan tugasan agar mencapai matlamat yang dikehendaki.  Dengan amalan komunikasi dalaman yang efektif, nilai moral tinggi dapat dicipta di kalangan pekerja sekaligus meningkatkan motivasi dan produktiviti mereka.  Renung-renungkan.  Selamat Berkomunikasi.


Tahukah Anda Apa itu Komunikasi?

Ramai orang bila ditanya tentang komunikasi, antara perkara pertama terlintas di fikiran adalah apabila kita bercakap dengan orang lain.  Betul, tiada salah dengan pemahaman itu.  Pemahaman itu merupakan pecahan kecil dalam maksud komunikasi.  Terdapat elemen lain yang lebih memberi kesan apabila dikaitkan dengan istilah komunikasi.  

Sebagai ruang untuk memahami apa itu komunikasi, kita cuma perlu membayangkan bagaimana sesuatu mesej itu dihantar dari seorang atau organisasi kepada orang lain.  Cara penghantaran mesej ini pelbagai.  Bercakap itu salah satunya.  Oleh kerana itulah, pegawai yang bijak komunikasi adalah bijak menggunakan kaedah penyampaian mesej yang pelbagai agar dapat 'difahami' oleh pihak yang menerima seterusnya melakukan tindakan susulan dari mesej tersebut.  Sekian untuk kali ini.  Selamat Berkomunikasi