Saturday, August 11, 2012

Mesyuarat Kaji Semula Pengurusan (MKSP)

Mesyuarat Kaji Semula Pengurusan (MKSP) bagi kali ini telah diadakan pada Ahad, 5 Ogos 2012 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, KPTM Kampus Mergong di sini.  

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Pengarah KPTM Alor Setar, Encik Ramli Mohd Jawi dan turut disertai timbalan-timbalan pengarah, ketua sistem audit dan pemilik-pemilik proses.

Antara agenda utama mesyuarat adalah membincangkan status audit dalaman yang dilakukan sebelum ini dan mendapatkan penjelasan dari bahagian-bahagian terbabit berkaitan dengan hasil penemuan audit tersebut.###

Bonus dan Pelarasan Gaji Buat Kakitangan KPTM

Pengurusan tertinggi Kolej Poly-Tech MARA telah bersetuju memberikan bonus setengah bulan gaji kepada semua kakitangannya dan bonus itu telahpun dibayar pada 10 Ogos 2012 baru-baru ini.  Di samping itu, kakitangan KPTM juga mendapat satu lagi suntikan moral kerana bakal menerima pelarasan gaji baharu yang akan dilaksanakan mulai 15 Ogos 2012 nanti.  

Pemberian bonus dan pelarasan ini diharap bakal meningkatkan lagi komitmen dan iltizam kakitangan supaya menunjukkan prestasi yang lebih baik demi kemasyuran nama KPTM itu sendiri.