Saturday, August 11, 2012

Mesyuarat Kaji Semula Pengurusan (MKSP)

Mesyuarat Kaji Semula Pengurusan (MKSP) bagi kali ini telah diadakan pada Ahad, 5 Ogos 2012 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, KPTM Kampus Mergong di sini.  

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Pengarah KPTM Alor Setar, Encik Ramli Mohd Jawi dan turut disertai timbalan-timbalan pengarah, ketua sistem audit dan pemilik-pemilik proses.

Antara agenda utama mesyuarat adalah membincangkan status audit dalaman yang dilakukan sebelum ini dan mendapatkan penjelasan dari bahagian-bahagian terbabit berkaitan dengan hasil penemuan audit tersebut.###

Bonus dan Pelarasan Gaji Buat Kakitangan KPTM

Pengurusan tertinggi Kolej Poly-Tech MARA telah bersetuju memberikan bonus setengah bulan gaji kepada semua kakitangannya dan bonus itu telahpun dibayar pada 10 Ogos 2012 baru-baru ini.  Di samping itu, kakitangan KPTM juga mendapat satu lagi suntikan moral kerana bakal menerima pelarasan gaji baharu yang akan dilaksanakan mulai 15 Ogos 2012 nanti.  

Pemberian bonus dan pelarasan ini diharap bakal meningkatkan lagi komitmen dan iltizam kakitangan supaya menunjukkan prestasi yang lebih baik demi kemasyuran nama KPTM itu sendiri.  

Monday, June 25, 2012

KPTM Alor Setar Capai Lebih Sasaran Pelajar

Pengambilan pelajar baru program Uitm telah melepasi sasaran yang ditetapkan sekaligus membuktikan bahawa KPTM  Alor Setar secara berterusan mendapat tempat di hati lepasan SPM.

Sehingga ke hari ini, bilangan pelajar baru mencecah 245 orang berbanding 150 yang disasarkan dan ini merupakan satu prestasi yang amat baik bagi kolej yang secara fizikalnya bersaiz kecil dan agak kurang prestij dibandingkan kolej-kolej besar di luar sana.

Apakah faktor penyumbang ke arah peningkatan bilangan belajar memasuki KPTM Alor Setar? Adakah kedudukan logistiknya atau program-program akademik yang ditawarkan ataupun ada suatu 'X' faktor yang dicari oleh bakal pelajar.  

Walauapapun faktor pendorong itu, warga kolej tetap konsisten mengamalkan penyampaian perkhidmatan yang memenuhi kehendak pelanggan baik dari sudut akademik mahupun pentadbiran.  ##

Thursday, February 9, 2012

Hari Keluarga KPTM AS

Salam:

Kelab Kakitangan KPTM Alor Setar (KEKAS) telah menetapkan penganjuran Hari Keluarga KPTM AS adalah seperti berikut:

Tarikh: 17 dan 18 Februari 2012
Tempat: Cinta Sayang Resort, Sungai Petani
Masa: 3.00 pm (Jumaat) hingga 12 tengahari (Sabtu)

Pelbagai aktiviti telah dirancangkan dan jawatankuasa mengalu-alukan kehadiran staf bersama keluarga sebagai tanda permuafakatan dan keakraban silaturahim antara satu sama lain.

Jumpa di sana.

(Sebarang pertanyaan, sila hubungi En Tarmizi atau mana-mana AJK Kekas)

Tuesday, February 7, 2012

Audit Kakitangan 2012 - Persiapan

Salam:

Kita telah diarahkan untuk memulakan proses audit kakitangan 2012 mulai Januari 2012 dengan sedikit penambahbaikan terhadap borang audit kakitangan tersebut. Walaubagaimanapun, skop audit tetap merujuk kepada 'JOB DESCRIPTION' atau Bidang Tugas pensyarah.

Ingin disarankan di sini agar kita dapat melihat kembali setiap item di dalam senarai Bidang Tugas Pensyarah dan menyediakan keterangan berbentuk 'bukti' bagi setiap item yang disenaraikan. Audit adalah berdasarkan 'bukti' dan kita harus menghasilkan 'bukti' yang menjelaskan perlaksanaan tugasan kita bagi mengelakkan NCR atau OFI diberi.

Sekian, harap maklum.

Thursday, January 12, 2012

Aktiviti Jabatan


Berikut merupakan antara aktiviti-aktiviti Jabatan yang dirancang untuk semester Jan - Mei 2012 ini. Penambahan aktiviti adalah sangat digalakkan terutamanya bagi yang menjurus ke arah pembangunan sahsiah individu khususnya pelajar.

Aktiviti-aktiviti ini dirancang bagi memenuhi keperluan perjalanan aktiviti di kolej sepanjang semester ini. Ianya terbuka kepada semua pelajar kolej dari pelbagai bidang pengajian.

Wednesday, January 11, 2012

Waktu Kerja Pensyarah


Salam:

Berikut adalah waktu kerja pilihan yang dibuat oleh pensyarah Jab PU betarikh 11 Januari 2012.

Harap maklum.


Tuesday, January 10, 2012

Persediaan Pengajaran

Salam semua:

Bermula Ahad 8 Januari 2012, secara rasminya semua kelas bagi program dalaman DCSN, DIT, AA dan AB dimulakan. Jadual pensyarah dan kelas telah diedarkan oleh Jawatankuasa Penyediaan Jadual Waktu. Sehubungan itu, semua pensyarah adalah disaran agar mematuhi prosuder yang telah ditetapkan berkaitan dengan perjalanan P & P. Berikut merupakan antara tugasan yang perlu diambil perhatian:

  1. Kedatangan pelajar perlu direkodkan melalui borang kehadiran (oren) yang digunapakai dan pelajar perlu 'menandatangani' sekiranya hadir, 'mc' untuk cuti sakit dan 'xx' untuk pengecualian.
  2. Rekod kehadiran pelajar perlu diserahkan kepada KJ untuk pengesahan pada setiap Khamis atau Ahad.
  3. Course Planner untuk 14 minggu perlu diserahkan kepada KJ untuk pengesahan dalam minggu ini.
  4. Pastikan silibus yang digunakan adalah bercop yang ditandatangani oleh KJ dan TPA. Sekiranya tiada, sila dapatkan dari KJ dan dibuat salinan.

Thursday, December 29, 2011

Pensijilan 5S berjaya dicapai

Tahniah buat semua warga KPTM Alor Setar kerana berjaya melepasi benteng terakhir ke arah pensijilian 5S apabila auditor yang menilai pelaksanaan 5S di sini telah berpuas hati dan mencadangkan agar KPTM Alor Setar diberikan pensijilan 5S.

Tahniah buat semua.

Monday, December 19, 2011

Cuti Dibekukan

Dimaklumkan bahawa permohonan cuti adalah DIBEKUKAN pada:
  • 28 dan 29 Disember 2011
sebagai langkah persiapan audit 5s - arahan Pengarah.