Tahniah buat semua warga KPTM Alor Setar kerana berjaya melepasi benteng terakhir ke arah pensijilian 5S apabila auditor yang menilai pelaksanaan 5S di sini telah berpuas hati dan mencadangkan agar KPTM Alor Setar diberikan pensijilan 5S.
Tahniah buat semua.
Thursday, December 29, 2011
Monday, December 19, 2011
Cuti Dibekukan
Dimaklumkan bahawa permohonan cuti adalah DIBEKUKAN pada:
- 28 dan 29 Disember 2011
sebagai langkah persiapan audit 5s - arahan Pengarah.
Friday, November 11, 2011
Gantt Chart Zon Perlu DiPerkemas
Gantt Chart merupakan item yang perlu diperkemaskan lagi hasil lawatan En Hisyam yang dilakukan pada Khamis 10 Nov 2011 lalu. Baca seterusnya...
Wednesday, November 9, 2011
Tarikh-tarikh Penting
Salam:
Berikut merupakan tarikh-tarikh penting bagi aktiviti akademik khususnya melibatkan pensyarah
31 Okt - 20 Nov 2011
Pemarkahan Kertas Jawapan Pelajar
21 - 23 Nov 2011
Proses Validasi dan Penyelarasan Markah Akhir bersama Ketua Jabatan
24 Nov 2011
Tarikh Akhir Memasukkan Markah ke dalam CMS
7 Disember 2011
Mensyuarat JK Akademik
Friday, October 7, 2011
Lawatan MPC - hasil tinjauan
Hasil lawatan En Hisyam, wakil MPC yang dilakukan pada Khamis 6 Oct 2011 telah merumuskan bahawa terdapat beberapa ruang kritikal yang perlu disiapkan bagi memastikan perlaksanaan secara menyeluruh amalan 5S di KPTM Alor Setar. Seterusnya, di sini
Sunday, September 25, 2011
Teaching Observation
Laporan Test 1
Semua pensyarah Jabatan Pengajian Umum adalah diminta menghantar laporan ujian pertengahan semester (Ujian 1) pada Ketua Jabatan selewat-lewatnya pada 4 Oktober 2011. Sila rujuk MEMO dari Jabatan Akademik (Puan Sani) bertarikh 26 September 2011. Harap maklum.
Saturday, September 24, 2011
Kursus Audit Dalaman
Warga kerja KPTM Alor Setar yang dilantik sebagai auditor dalaman amalan 5S telah diberi kursus latihan audit selama 2 hari bertempat di bangunan Suka Menanti baru-baru ini. Seterusnya di sini
Friday, September 23, 2011
Dato' Sohaimi Puji KPTM Alor Setar

Penganjuran sambutan Aidilfitri KPTM Alor Setar telah mendapat pujian dari Pengerusi KPTM, Dato' Sohaimi Shahadan di atas kelancaran penganjuran sambutan itu semasa berucap merasmikan sambutan berkenaan di Bangunan Suka Menanti, Alor Setar. Seterusnya....
Presiden Minat Tapak Kampus di Kubang Rotan

Salam:
Berikutan lawatan ke cadangan tapak kampus KPTM Alor Setar baru-baru ini, Presiden nampaknya menyatakan minat terhadap tapak kampus di Kubang Rotan. Berita seterusnya di sini
Thursday, September 22, 2011
Mesyuarat Pengurusan Khas Bersama Presiden
Salam:
Ikuti abstrak dari mesyuarat pengurusan khas bersama Presiden pada Isnin 19 September 2011 baru-baru ini. Sila baca di sini.
Monday, September 19, 2011
Perlukah Gementar Semasa Berucap
Anda mungkin seorang yang ditugaskan menyampaikan sesuatu ucapan minggu hadapan atau di hujung semester nanti dan perasaan gementar sentiasa menghantui diri. Adakah perlu merasai demikian? Baca seterusnya di sini
Tuesday, September 13, 2011
Silibus Gantian MPW Berjaya Dibangunkan
Bertempat di Hotel Regency, Alor Setar, satu bengkel akademik yang bertujuan untuk membangunkan beberapa silibus kursus baru sebagai gantian kepada kursus-kursus MPW telah diadakan pada 9 hingga 11 September 2011 baru-baru ini. Sila baca seterusnya di sini
Monday, September 12, 2011
Sambutan Aidilfitri KPTM Alor Setar
Semua warga KPTM Alor Setar adalah dijemput meraikan sambutan Aidilfitri sepertimana berikut:



Thursday, September 8, 2011
Makluman Bengkel Penaksiran
Salam syawal:
Bengkel penaksiran kertas peperiksaan akhir bagi semester ini akan diadakan pada 16 hingga 18 September 2011 bertempat di Hotel Avillion Admiral Cove, Port Dickson, Negeri Sembilan. Seramai 22 pensyarah dari KPTM Alor Setar dijemput menyertai bengkel kali ini. Semua peserta akan pergi dengan menaiki bas kolej yang akan bertolak mulai jam 7.00 pagi pada Jumaat 16hb nanti dari kampus Suka Menanti.
Sasaran Pengambilan Semester Hadapan
660 Pelajar Baru Mendaftar Julai 2011
Seramai 660 pelajar baru telah mendaftar di KPTM Alor Setar untuk sesi pengambilan Julai 2011 dan ianya telah melebihi jumlah yang disasarkan iaitu 615 pelajar sahaja. Ini berikutan sambutan yang begitu memberangsangkan untuk program-program akademik seperti Diploma in Business Management dan Diploma in Accountancy. Selanjutnya...
Wednesday, September 7, 2011
Draf Kertas Soalan Peperiksaan Akhir Okt 2011
Salam:
Sukacita dingatkan bahawa tarikh akhir penyerahan draf kertas soalan peperiksaan akhir Okt 2011 adalah seperti berikut:
Tarikh: 8 September 2011 (Khamis)
Masa: 11.00 tengahari
Tempat: Bilik Ketua Jabatan
Terima kasih.
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri KPTM Alor Setar
Salam Syawal:
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri KPTM Alor Setar telah ditetapkan pada Selasa, 20 September 2011 pada pukul 11.30 pagi bertempat di Kampus Suka Menanti.
Semua warga KPTM Alor Setar termasuk pelajar perlu menghadiri majlis ini dengan berpakaian Baju Melayu (bagi lelaki) dan baju kurung (bagi wanita).
Majlis yang sama akan turut dihadiri oleh ahli-ahli lembaga pengarah dan ahli-ahli pengurusan tertinggi KPTM.
Antara menu yang bakal disediakan:
- Nasi briyani
- Sate
- Koteow/Mee goreng
- ABC
- Lemang/Ketupat
- Minuman
Terima kasih.
Monday, September 5, 2011
Senarai Peserta Bengkel Pembangunan Silibus Gantian MPW

Salam Syawal:
Bengkel Pembangunan Silibus Gantian MPW akan diadakan pada 9-10 September 2011 bertempat di The Regency, Alor Setar. Sila rujuk senarai nama peserta sepertimana pada imej sebelah.
Pihak Jabatan Sumber Manusia, KL akan mengeluarkan surat arahan berbengkel dalam waktu terdekat. Terima kasih.
Abstrak Mesyuarat Khas Pengurusan
Salam all:
Dapatkan info penting dari mesyuarat khas pengurusan di sini.
Abstrak Mesyuarat Jab Akademik
Dipetik dari Minit Mesyuarat Jabatan Akademik bersama TPA bertarikh 8 Ogos 2011
- SIE akan dilaksanakan mulai Minggu ke 8 pengajian
- Semua Jadual Waktu Pensyarah akan dimasukkan ke dalam CMS oleh Setiausaha Jadual Waktu dan dibantu oleh Puan Rosidah.
- Penyelaras Ko-Kurikulum bagi program dalaman adalah En Mohd Saiful sementara program Uitm adalah En Shukran.
- 'Teaching Obeservation' akan dilakukan dari semasa ke semasa dan diutamakan kepada pensyarah baru.
Sunday, August 28, 2011
Apabila Airuddin Menerima Kad Ucapan
Jauh riak wajahnya menggambarkan kejutan apabila satu kad ucapan diterima baru-baru ini....selanjutnya..
Saturday, August 27, 2011
CUTI HARI RAYA AIDILFITRI
Salam semua:
Operasi kolej akan ditutup mulai 28 September hingga 3 Oktober 2011 dan dibuka semula pada Ahad 4 Oktober 2011. Harap maklum
Bengkel Pembangunan Silibus Gantian MPW
Salam:
Agensi Kelayakan Malaysia telah memutuskan bahawa tiada pengecualian kredit bagi kursus-kursus MPW iaitu Pengajian Islam, Pengajian Malaysia, Pendidikan Moral dan Bahasa Kebangsaan bagi peringkat sijil ke diploma.
Ini membawa erti, pelajar yang telah mengambil kursus MPW sepertimana di atas pada peringkat sijil tidak dibenarkan memohon pengecualian apabila menyambung pelajaran ke peringkat diploma. Oleh itu jumlah jam kredit akan berkurangan. Bagi menampung pengurangan itu dan melayakkan pelajar bergraduat dengan memenuhi jumlah jam kredit yang ditetapkan, beberapa kursus baru perlu digubal sebagai gantian kursus-kursus MPW terbabit.
Di antara kursus-kursus baru yang bakal digubal adalah:
- Public Speaking
- Human Communication
- Interpersonal Skills
- Organizing Event
Sehubungan itu, satu bengkel akan diadakan di Alor Setar pada 9 hingga 10 September 2011 bertempat di The Regency Hotel dan akan dihadiri oleh beberapa pensyarah KPTM Alor Setar dan juga pensyarah-pensyarah jemputan dari cawagan lain.
Tarikh akhir yang diberikan untuk disiapkan silibus ini dan dihantar ke Pejabat Dekan, KPTM adalah pada 01 Oktober 2011
Terima Kasih Di Atas Kunjungan Anda
Terima kasih kerana anda sudi berkunjung ke laman blog Jabatan Pengajian Umum, KPTM Alor Setar. Laman ini memaparkan informasi berkaitan hal ehwal Jabatan Pengajian Umum atau lebih dikenali sebagai GS Department termasuklah isu-isu terkini, berita, hal ehwal akademik, direktori pensyarah, kursus-kursus di bawah jabatan dan sebagainya.
Subscribe to:
Posts (Atom)